Pembayaran/Penghantaran

Penghantaran adalah by hand, kerana makanan ini mudah patah atau hancur, sangat berisiko jika dipost, silap-silap anda akan menerima serbuknya sahaja jika dipost.
Penghantaran terus ke depan pintu rumah atau pejabat anda.
Anda juga boleh mengambil sendiri dari rumah saya.
Disebabkan pengahantarn adalah by hand, so, saya hanya buka tempahan bagi pembeli di Lembang Klang sahaja.
- Puchong
- Putrajaya

Pembayaran juga by hand.

Tuesday, August 10, 2010

Keistimewaan rempeyek mini.

Seperti yang anda semua sudah tahu, rempeyek sudah dikenali sejak zaman datok nenek kita dahulu lagi, saya pun kurang pasti dari mana asal rempeyek ni.. Rempeyek telah dijadikan juadah istimewa sempena hari raya sejak turun temurun lagi..

Rempeyek juga dijadikan sebagai makanan ringan tradisional, selain dari juadah rangup yang lain, seperti maruku, kuih siput, buah rotan, kuih karas, kuih sepit, kuih tiram dan banyak lagi..

Asalnya rempeyek adalah bersaiz besar, lebih kurang sebesar penutup tin "milo" yang bersaiz kecil..kelemahannya ai mudah patah dan mesti dihidang di dalam pinggan atau balang yang agak besar.. tetapi sekarang saiz rempeyek adalah lebih kecil..sesuai dimasukkan ke dalam balang kuih, mudah dihidangkan..

Selain itu rempeyek mini sangat sesuai dijadikan buah tangan untuk para tetamu bagi sebarang majlis..terutamanya majlis kenduri.. Rempeyek ini boleh dibungkus kepada bungkusan yang lebih kecil bersesuaian dengan pemberian anda kepada tetamu..
Bukan sahaja untuk majlis kenduri atau hari raya, anda boleh tempah rempeyek mini bila-bila masa untuk dijadikan jajan sambil duduk-duduk menonton tv, berkelah, dalam perjalanan (dalam bas atau dalam kereta), sambil menelaah pelajaran dan sebarang jenis acara..

Rasa rempeyek mini dari kioks ini berbeza dan lain dari yang, apabila anda cuba sekali pasti mahu lagi...kurang pedas, kanak-kanak pun sangat menggemarinya..ia juga tahan lama..

Boleh didapati dalam 3 jenis "toping" yang berbeza, iaitu ikan bilis (sahaja), Kacang tanah (sahaja) dan Kacang dal (sahaja).. boleh juga diubah mengikut permintaan atau citarasa pelanggan, samada ikan bilis+kacang tanah atau ikan bilis+ kacang dal.
Untuk satu Kg rempeyek mini anda juga boleh campur ketiga-tiga jenis atau mengikut citarasa anda..

Selamat menempah!! SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI..kalo sedap jangan lupa beritahu kawan-kawan..
SOKONGLAH PRODUK BUATAN MALAYSIA!

No comments:

Post a Comment